1. Home
  2. Blog
  3. Fesyen
  4. 10 Jenama Tudung Popular Di Malaysia, Mana Satu Pilihan Anda?

Truly Untold Story

10 Jenama Tudung Popular Di Malaysia, Mana Satu Pilihan Anda?
Berkaitan :

Sebut je nama tudung, Pasti menjadi kewajipan bagi semua wanita muslimah untuk memakainya dan tidak lupa juga menjadi kegilaan bagi wanita untuk berfesyen dengan gaya tersendiri.

Tetapi kepelbagaian jenama pada hari ini memberi variasi kepada penggemar tudung. Kalau ingin bercakap tentang Jenama tudung di Malaysia, memang tak habis nak menulisnya, tapi cukuplah kita kenali 10 jenama tudung yang popular di Malaysia .

NO 1 : TUDUNG JELITASARA

JELITASARA terkenal dengan Tudung Sarung dari tahun 2009 sehinggalah sekarang

Seperti kita ketahui, JELITASARA merupakan pelopor tudung Online No.1 di Malaysia bermula tahun 2009 sehinggalah sekarang.

JELITASARA antara jenama yang terawal dalam memasarkan tudung menggunakan website www.jelitasara.com dan JELITASARA mendapat pelbagai Anugerah dalam industri Muslimah Fesyen.

Kekuatan JELITASARA dari dahulu sehingga sekarang adalah keunikan tudung sarung yang pasti memudahkan dan membuat wanita lebih dihargai oleh orang sekeliling.

Nak Jadi Yang Terawal Mengetahui Design-Design Tudung Terkini? Sila Isi Borang Di Bawah:

NO 2 : TUDUNG NAELOFAR HIJAB

Naelofar Hijab antara kegilaan para remaja hari ini.

Siapa tidak kenal dengan Neelofa, artis wanita Malaysia yang berasal dari Kelantan itu menjadi contoh seluruh Rakyat Malaysia diatas sikap keusahawanan beliau dalam industri Muslimah Fesyen.

Bertemakan konsep remaja, tudung beliau menjadi kegilaan bagi remaja yang suka akan fesyen ” Trendy “.

NO 3 : TUDUNG DUCKSCARVES

Duckscarves agak terkenal dengan “Signature Look” yang Ekslusif.

Vivy Yusof ? Memang terkenal dengan Ikon Fesyen Malaysia.
Beliau merupakan seorang usahawan, personaliti TV dan juga merupakan pengasas bersama Fashion valet serta pengasas dUCk.

Pada tahun 2016, beliau menerima anugerah Usahawan Muda dari gala The Queen of Malaysia at Tribute to Women Malaysia.

Pada 2019, beliau dilantik sebagai ahli lembaga pengarah UITM. Produknya yang Premium menjadi kegilaan para wanita yang mana menjadi satu kebanggaan bagi wanita apabila memakai.

Sudah pasti harga yang dipasarkan agak tinggi berbanding jenam-jenama lain.

NO 4 : TUDUNG JENAMA BOKITTA

Jenama Bokitta agak terkenal kerana penampilan model Luar Negara yang menggayakan produknya.

Dari istilah “Bouquet”, muncullah jenama “BOKITTA” seperti sejambak bunga yang melambangkan wanita Muslim moden: Canggih namun penuh dengan warna-warna yang menarik dan memberi semangat yang luar biasa kepada wanita memakainya

NO 5 : TUDUNG JENAMA KEKABOO

Design Tudung Bawal yang sangat unik menjadi permintaan tinggi bagi kaum wanita.

Kekaboo sangat dikenali oleh peminat tudung bawal ataupun tudung empat segi. Coraknya sangat kena dengan masyarakat asia.

Jangan terkejut kalau pereka tudungnya adalah seorang lelaki. Lelaki pun tahu citarasa seorang wanita.

NO 6 : TUDUNG JENAMA FAREHA

Tudung Fareha terkenal dengan Bawal Anti Kedut pasti memudahkan para wanita diluar sana.

Kalau yang selalu dengar Radio, pasti dah terbiasa dengan tudung Fareha, Tudung Fareha antara fenomena terbaru dalam kalangan wanita, tudung bawal yang dihasilkan oleh beliau dengan harga mampu milik membuatkan wanita pada hari ini mampu menikmati tudung Ekslusif tapi dengan harga yang rendah.

NO 7 : TUDUNG JENAMA BAWAL EXCLUSIVE

Pengeluar tudung mewah terkenal, Bawal Exclusive pernah memperkenalkan sehelai tudung bernilai RM100,000 dan tercatat sebagai tudung termahal oleh Malaysia Book Of Records.

Bawal Exclusive juga selalu viral dengan produknya yang harga beribu-ribu ringgit dan semestinya menjadi impian bagi peminat tudung bawal.

NO 8 : TUDUNG PEOPLE

Tudung People terkenal dengan penggayaan yang lebih kepada gaya metropolitan.

Selendang sutera untuk kain yang sempurna, kain kapas Jepun untuk keselesaan ringan, krep untuk rupa feminin yang menawan – People Tudung mempunyai semuanya!

Sama ada selendang lebar atau selendang persegi, dihiasi dengan kristal Swarovski atau meninggalkan simpul biasa, heavy chiffon untuk lebih banyak opaqueness atau lyra kapas bercampur untuk pemakaian yang mudah, koleksi setiap adalah menakjubkan dan mempunyai tempat yang betul di dalam almari anda.

NO 9 : TUDUNG CAKENIS SIGNATURE

Cakenis Signature yang mempunyai keunikan tersendiri untuk Plain Shawl

Hanis Zalika yang sebelum ni terkenal dengan blogger dan orang ramai juga mengenalinya sebagai ibu kepada si kecil Yusof Iskandar.

Buat penggemar shawl Pastinya Familiar dengan shawl yang dulu dipanggil keknis ni. Cakenis sangat terkenal dengan plain shawl yang mana menjadi tumpuan para wanita muda.

NO 10 : TUDUNG ARIANI

Tudung Ariani antara jenama yang menjadi sebutan pada hari ini

Sebelum ini ramai yang menganggap tudung keluaran Ariani adalah khas untuk golongan wanita yang berumur, Tapi selepas penampilan Mira Filzah merubah corak dan tanggapan pelanggan terhadap Ariani.

Corak design dan warna serta jenis hijab sehingga membuatkan ramai rambang mata untuk memilihnya.

Akhir sekali, banyak Jenama Tudung yang terkenal di Malaysia, tetapi yang selalu kita dengar antaranya seperti JELITASARA, Naelofar, Ariani dan Duck Scarves.

Tapi masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Bergantung kepada pelanggan untuk memilih corak dan penggayaan yang mana sesuai dengan penampilan mereka.

Jom SHARE & Komen Di Bawah, yang mana satu pilihan Tudung No 1 anda.

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 5 / 5. Vote count: 3

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Follow us on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Latest Blog Post
Category
Menu