1. Home
  2. Blog
  3. Bisnes
  4. 3 Tips Bisnes Untuk Newbies
3 Tips Bisnes Untuk Newbies

Sebagai newbie kita faham sangatla kan. Manalaaa nak cekau modal banyak-banyak. Nak-nak jika buat produk sendiri.

1. Mula Dengan Apa yang Ada.

Korang selalu tak rasa macam nak mula jual satu-satu produk tu…tunggu packaging cantik dululaa, tunggu sticker dulu laa, tunggu kotak dululaa. Tunggu itu. Tunggu ini.
Sebenarnya kita tunggu-tunggu ni buat rugi masa disitu. Produk tak jadi DUIT kalau kita tak mula jual.

Takpayah jadi perfeksionis sangat. Jual saja dulu. Lepastu kita slowly upgrade. Bila dah maju sikit. Barula upgrade kotak dan nutrition facts.

Najah teringat Olala Fruitcake masa mula jual dulu. Adoi kotak plastik ja. Sticker pun takda. Tak siap sticker tapi terpaksa jual dulu nak dapatkan duit untung. Lawaknya dalam dok jual bekas bodo-bodo tu laku juga 200 biji masa raya tahun lepas. Tahun ni baru mula ada kotak dan harini baru pergi hantar lab untuk apply nutrition facts.

2. Jual Produk Orang.

Ni paling mudah. Orang kata play safe. Najah dulu-dulu pun jual produk orang. Sampai sekarang Najah masih jual produk orang. Macam kat Kiosk Snackpack tu. Korang ingat Najah sempat keeee nak uli biskut bagai? lebih 30 jenis pulak tu. Dengan marukunya, kerepeknya, rempeyeknya. Mana laaa tangan nak cekau goreng semua tu. Haha.

3. Promo! Promo! Promo!

“Awatlaaa orang tak beli produk aku ni? padahal sedap tak sangga dahh” Masa mula Najah jual Olala Fruitcake. Macam ginila perangai Najah. Padahal Najah dok hardsell memanjang setiap jam. Patutlaa tak laku. Meluat orang nak beli agaknya.

Buatla sedikit copywriting. Ceritala kebaikan produk kita tu. Apa kelainannya? Apa keunikannya? Barula orang dok pm bertalu-talu. Percayalah. Cubalah dulu.

Cukupla baru 3 petua. Apply dulu 3 benda ni. Satgi tulis berderet ada ke nak baca uii.

Jual Produk Kak Najah Dulu Pun Boleh. Nak jadi Ejen / Stokis? Boleh Register / Login secara PERCUMA, kemudian Akses semua informasi berkaitan Ejen / Stokis di Ruangan My Profile DhomBig

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.
Latest Blog Post
Menu