1. Home
  2. Blog
  3. Bisnes
  4. 7 Jenis Item Boleh Beri Untuk Kumpul Email Prospek

Truly Untold Story

7 Jenis Item Boleh Beri Untuk Kumpul Email Prospek
Berkaitan :

Strategi bina database dengan cara kumpulkan maklumat prospek dan pelanggan supaya boleh followup dengan mudah.

Apabila kita nak kumpul prospek yang berminat dengan produk/servis, kita kena berikan gula pemula kepada mereka.

Gula pemula merupakan produk digital yang boleh diberikan kepada mereka secara online terutamanya melalui email.

Terdapat banyak jenis item percuma boleh diberikan. Disini saya kongsikan 7 jenis item percuma yang boleh anda berikan sebagai GULA PEMULA untuk kumpul list email…

1. Ebook – Penulisan dalam bentuk powerpoint, word yang ditukar kepada pdf format. Ebook tersebut memgandungi tips-tips, informasi, strategi, kes study dan sebagainya.

2. Video – Kita boleh buat video tips, informasi yang berdurasi 10 minit ke 15 minit untuk diberikan percuma. Ia mesti berkaitan dengan produk atau servis yang hendak kita pasarkan.

3. Audio – Kita boleh rekod audio sahaja yang mempunyai tips-tips ataupun langkah penyelesaian sesuatu perkara berkaitan produk ataupun servis kita.

4. Checklist – Kita boleh berikan checklist, sebagai contoh, checklist barang yg perlu dibawa ke hospital ketika bersalin, checklist pindah rumah ataupun checklist penyediaan kempen digital marketing.

5. Mobile Apps – Kita boleh buat penerangan berkaitan mobile apps yang boleh digunakan dan berkaitan dengan produk dan servis kita. Sebagai contoh, jika kita menyediakan perkhidmatan workout fitness, kita bokeh berikan mobile apps pengiraan kalori.

6. Kupon Diskaun – Jika kita mempunyai produk dan ingin berikan kupon diskaun secara berterusan mengikut masa-masa tertentu, kita boleh minta nama dan email mereka yang berminat nak terima diskaun.

7. Fb Closed group – Kita boleh tawarkan untuk mereka masuk dalam fb group yang mempunyai tips-tips berkaitan produk / servis kita. Sebelum berikan link join fb group, kita minta nama dan email terlebih dahulu.

Gula pemula ini perlulah yang betul-betul memberikan manfaat dan mampu menyelesaikan masalah mereka. Sebagai tukar ganti, mereka memberikan nama dan email untuk akses item percuma itu. Dengan cara ini, kita boleh follow-up mereka kembali.

7 perkara di atas boleh anda berikan menggunakan sistem kumpul email secara automatik. Mereka isi nama & email, secara automatik, anda boleh berikan link untuk mereka akses ataupun download perkara tersebut.

Antara ke tujuh-tujuh cara di atas, yang mana satu menarik minat anda untuk diberikan kepada bakal prospek? Boleh kongsikan di bawah yer…

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Follow us on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Latest Blog Post
Category
Menu