1. Home
  2. Blog
  3. Bisnes
  4. 7 Langkah Tukar List E-Mail Sedia-ada Jadi Duit

Truly Untold Story

7 Langkah Tukar List E-Mail Sedia-ada Jadi Duit
Berkaitan :

Anda sudah berbisnes bertahun-tahun lamanya? Anda sudah anda list pelanggan dalam bentuk email? Inilah masanya untuk anda gunakan dan tukar jadi duit.

Langkah 1 : Gali lombong emas sedia-ada

List email yang anda perolehi daripada aktiviti jualan dalam bentuk excel ataupun melalui sistem

List email yang anda perolehi daripada aktiviti networking Business Card. INGAT, JANGAN TERUS MENJUAL KEPADA MEREKA.

List email yang anda perolehi daripada Inbox Email anda. Mereka yang pernah menghantar email kepada anda.

Langkah 2 : Hantar Beberapa E-Mail Untuk “Alert”kan Mereka

Hantar e-mail menggunakan sistem kumpul email kepada mereka untuk bertanyakan khabar.

“Be Intrested, NOT Intresting”. Hantar e-mail yang berkaitan dengan “Dari mana mereka kenali anda atau dari mana anda ambil list e-mail tersebut”.

Ianya perlu berkaitan supaya mereka tidak merasakan yang anda SPAM mereka.

Hantar e-mail bertanyakan tentang masalah mereka & kongsikan 3 cadangan penyelesaian yang berkaitan dengan bisnes anda.

Langkah 3 : Atur Strategi Pengasingan Antara Aktif & Tidak Aktif

Asingkan mereka yang buka e-mail dan yang tidak buka e-mail. Dari situ, kita tahu siapa yang aktif & siapa yang tidak.

Ini boleh dilakukan secara automatik menggunakan Sistem Kumpul Email.

Asingkan mereka yang klik link dalam e-mail. Anda boleh ketahui sama-ada mereka membaca sahaja ataupun bertindak.

Asingkan mengikut minat mereka. Ini memudahkan anda untuk memperkenalkan produk HANYA kepada yang berminat sahaja.

Langkah 4 : Berikan Gula Pemula Pada Yang Aktif

Tawarkan GULA PEMULA iaitu produk percuma kepada mereka. Minta Nama & E-Mail untuk ditukar dengan ebook yang mereka inginkan.

Perkenalkan Brand anda & diri anda di dalam Welcome E-Mail, iaitu e-mail pertama yang dihantar secara automatik oleh sistem kumpul email (autoresponder)

Hantar beberapa email berkaitan isi kandungan ebook yang diberikan. Pastikan mereka faham & membacanya.

Langkah 5 : Tawarkan Produk Khalayak Layak

Tawarkan produk KHALAYAK LAYAK iaitu produk digital bawah RM 10 untuk menukar prospek menjadi pelanggan dengan mudah.

Ambil peluang perkenalkan bisnes anda dan juga berikan testimoni dalam produk digital itu untuk yakinkan pelanggan anda.

Gunakan hasil jualan produk KHALAYAK LAYAK untuk pemasaran supaya lebih banyak email dikumpul apabila berikan produk GULA PEMULA

Langkah 6 : Hantar Beberapa E-Mail Untuk Fahamkan Mereka

Hantar e-mail bertanyakan soalan berkaitan dengan produk anda. Dari situ, dengan jelas anda tahu apa yang pelanggan anda inginkan.

Hantar e-mail untuk mempengaruhi mereka yang belum membeli produk KHALAYAK LAYAK. Dapatkan seberapa ramai orang membeli.

Hantar e-mail yang menjawab soalan kebanyakan pelanggan anda. Selesaikan masalah mereka dan berikan lebih value.

Langkah 7 : Tawarkan TBT BOOSTER Sebagai Produk Utama

Pastikan produk utama mempunyai OFFER yang TAK BOLEH TAHAN (TBT). Pelanggan terpaksa membuat keputusan segera untuk memilikinya.

Tawarkan DISKAUN EARLY BIRD bertempoh untuk menarik minat lebih ramai orang memilikinya pada peringkat awal.

Dapatkan feedback untuk perbaiki kekurangan dan testimoni awal untuk meyakinkan lagi pembeli seterusnya.

Anda perlukan penerangan lanjut? Berminat untuk dibantu melaksanakan 7 langkah di atas?

Perunding Digital Marketing Akan Hubungi Anda Melalui Whatsapp Untuk Berikan Informasi Lanjut Berkaitan Sistem Kumpul Email. SIla Isi Borang Di Bawah:

Bertindak Hari Ini juga, membolehkan anda memiliki sistem kumpul email dan boleh buat duit menggunakan list email sedia-ada secepat mungkin.

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Follow us on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Latest Blog Post
Category
Menu