1. Home
  2. Blog
  3. Agama
  4. Apa Nak Buat Untuk Atasi Tekanan Hidup Semasa PKP3.0?

Truly Untold Story

Apa Nak Buat Untuk Atasi Tekanan Hidup Semasa PKP3.0?

Akhir-akhir ini, banyak ujian kehidupan tanpa disangka-sangka telah berlaku. Paling besar ujian hidup apabila ramai yang terjejas pendapatan, seterusnya mengalami tekanan hidup yang menyebabkan depresi seterusnya menjadi penyebab kemurungan yang melampau.

Ia berlaku adalah berkaitan dengan amalan kita dengan Allah. Selama ini, amalan jarang dipraktikkan dalam kehidupan apabila terlalu mengejar keduniaan sehinggakan bekalan akhirat dilupakan.

Salah satu bekalan yang kita bawa ke akhirat kelak adalah amalan. Amalan yang kita lakukan semasa di dunia sama ada baik atau sebaliknya.

Sebagai individu beragama islam, amalan wajib buat mereka yang inginkan hidup bahagia adalah dengan melakukan suruhan Allah seperti melakukan solat, membaca al-quran, serta berpuasa di bulan ramadan serta meninggalkan larangan-nya.

Oleh sebab terlalu mengejar kesibukan bekerja, amalan kini ditinggalkan begitu sahaja tanpa rasa bersalah. Terlalu menjadi hamba dunia , sehinggakan diri menjadi selesa. Kalian fikir , kerezekian yang Allah berikan akan tetap mengalir. Bahkan rezeki tidak akan putus. Walaupun kalian tidak menjaga hubungan dengan allah.

Jika dahulu, kerezekian kalian lancar. Rezeki sangat lancar. Anak-anak sihat , rumahtangga bahagia. Kini, semuanya menjadi kenangan. Kehidupan kalian berubah sepenuhnya. Di kala pandemik covid-19, satu persatu Allah menarik kerezekian kalian.

Pendapatan mula terjejas, emosi pula terganggu serta masalah kekeluargaan pula yang timbul. Semua individu terjejas akibat alpa dengan keduniaan. Lihatlah, dengan sekelip mata allah menarik nikmat. Nauzubillahi minzalik! Tidak takut kah kalian dengan kuasa Allah? Hanya dengan kealpaan kita, Allah telah murka.

Dengan masalah tersebut, semakin ramai yang mengalami masalah kemurungan. Yang paling teruknya, ada individu bertindak membunuh diri sebagai jalan penyelesaian kepada masalah. Allahuakbar!

Dengan cara begini, masalah tidak akan selesai sebaliknya masalah akan bertambah. Hutang piutang akan menghantui waris pula. Jadi, berbalik lah kepada Allah. Dekatkan diri dengan Allah. Lakukan amalan sebaik mungkin.

Allah tidak mencipta sesuatu keadaan jika tidak diizinkan. Muhasabah diri, dengan keadaan pandemik covid-19 berlaku. Allah izinkan ia berlaku supaya kita banyak berdoa dan meminta keampunan pada-Nya.

Pandemik Covid-19, ini seperti membawa kita untuk bersedia ke pengakkhiran dunia iaitu menuju ke alam akhirat. Allah turunkan ujian ini supaya kita bersedia untuk meninggalkan segala kemewahan, keseronokan dan kegembiraan di atas dunia.

Mempunyai kereta, tetapi pergerakan terbatas. Tidak boleh memandu pulang ke desa untuk bertemu orang tua. Ini adalah gambaran kecil untuk kita tinggalkan dunia secara sikit demi sedikit. Walaupun banyak benda yang kalian sayang, semuanya akan meninggalkan kelak. Yang kekal boleh di bawa semasa di akhirat ialah amalan.

Surah Ad-Dukhan:
“Sesungguhnya mereka (kaum musyrik) itu benar-benar berkata, “Tidak ada kematian selain kematian di dunia ini. Dan kami sekali-kali tidak akan dibangkitkan.” (Ayat 34-35)

Inilah masanya, kalian berubah. Di kala musim PKP ini yang juga merupakan pandemik Covid19, isikan masa yang lompong ini dengan amalan yang berguna. Iaitu amalan yang diredhai Allah.

Bagaimana? Dapatkan Buku Amalan 100 hari Challenge dari Puan Saira. Yang mana buku ini, mampu membuatkan anda terpaksa melakukan amalan-amalan dengan ikhlas seterusnya mampu berubah kepada kehidupan kalian yang lebih baik dan bermakna.

Ingat, akhirat dikejar . Dunia pasti mengejar kalian.

BUKU PLANNER CHECKLIST AMALAN

3 syarat MUDAH nak berjaya dengan buku 100 Days Challenge Checklist Amalan ini:

Baca dan fahamkan, buat tindakan, dan amalkan secara konsisten sahaja.

Dapatkan Sekarang, Buku Planner Checklist 100 Hari Amalan.

Asbab, hanya Serendah 49 Sen Sehari sahaja, kita mampu tingkatkan amalan seharian selama 100 hari & istiqamah seterusnya.

Nak tengok INFO LANJUT? KLIK SINI

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 5 / 5. Vote count: 6

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Follow us on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Latest Blog Post
Category
Menu