Saya baru sahaja hantar email kepada 97 peserta yang telah daftar nak join Free Previu yang saya buat hujung minggu ni.
Saya boleh lihat dengan jelas berapa ramai yang dah buka baca walaupun email baru di hantar tak sampai 3 minit dan dibuka baca oleh lebih dari 63 persen

WHATSAPP VS EMAIL MARKETING
Semua nampak dengan jelas.
Tetapi saya tak nak share tentang teknikal. Korang memang tak faham punya. Jom saya share dari segi pemahaman kita orang berniaga.
Kes Studi:
Katakanlah kita hantar promosi bisnes kita kepada 100 orang.
Jika guna whatsapp,
1 – Adakah kita akan tahu mereka buka bila tengok blue tick kan?
Ok saya just nak tanya, untuk 100 orang tu, adakah kita mampu nak check blue tick sorang-sorang nak tengok buka baca atau tidak?
2 – Kita tak boleh nampak data yang jelas tulis berapa ramai baca atau tidak baca.

EMAIL MARKETING
1 – Orang yang buka email confirm baca jika COPYWRITING itu padu yakmat. Jika tulis header atau tajuk kita skema sahaja, memang takkan orang nak buka..nak baca apatah lagi!
2 – Kita boleh baca dah graf semua senang dan kita boleh susun dah semua kempen kita sebab kita boleh asingkan siapa layan kita dan siapa tak layan kita sebenaranya.
Sebagai Contoh:
Jika kita hantar email dan dia tak buka baca kali pertama, kali kedua dan untuk kali ketiga, kita boleh set tak perlu hantar dah pada orang yang tak buka baca email.
Nampak tak maksudnya kalau orang tu tak buka email, itu bukan lah orang yang kita nak. Skip sahaja lah. Simple!

So banyak lagi benda best sebenarnya email marketing boleh buat untuk kita yang berniaga secara online. Sebab apa yang lebih penting adalah bagaimana kita menggunakan tools dengan strategi pemasaran untuk menjadikan kempen kita lebih berjaya!
Akan datang lebih banyak previu dan kelas yang akan diadakan hujung minggu ini, InsyaAllah

Anda dijemput untuk turut serta dalam Previu Percuma ini. Untuk daftar, bolehlah korang klik butang di bawah segera ok?

P/S 1: Jom kongsikan kepada rakan peniaga berkaitan email marketing dengan cara tekan butang SHARE di bawah.
P/S 2 : Untuk pembelian pakej Email Marketing anda boleh KLIK SINI