1. Home
  2. Blog
  3. Bisnes
  4. Funnel Jualan Umpama Iceberg, 90% Kita Tak Nampak

Truly Untold Story

Funnel Jualan Umpama Iceberg, 90% Kita Tak Nampak
Berkaitan :

Membina funnel jualan amat penting supaya jualan berlaku berkali-kali. Proses jualan berlaku dibelakang tabir. Tengok contoh McDonald & Air Asia.

Jika kita tengok iceberg ini, hanya 10% sahaja yang kita nampak. Lagi 90% tenggelam. Kapal titanic yang gah pun boleh karam disebabkan tak nampak iceberg di dalam lautan yang berlanggar dengan badan kapal.

Funnel jualan ini bermaksud, dengan kata mudahnya ialah strategi membimbing prospek menjadi pelanggan dan membeli berkali-kali.

Jom kita tengok contoh McDonald

Apabila kita beli burger, adakah keuntungan burger sahaja yang boleh cover kos pekerja, kos operasi, kos marketing? Oleh sebab itulah, McDonald buat upsell. Nak tambah air, nak tambah fries. Jika dikira secara keseluruhan, maka jualan dan keuntungan akan meningkat daripada seorang pelanggan.

Jom kita tengok syarikat penerbangan Air Asia. Kadang kala kita pelik, setahun sekali, bagaimana mereka boleh buat promosi tiket penerbangan bernilai RM 1.

Jika ikut logik akal dan yang kita nampak, mana mungkin dengan penawaran RM 1 boleh cover kos penerbangan.

Rahsia disebalik offer ini ialah, pihak Air Asia akan buat jualan tiket harga biasa pada masa-masa peak hour. Juga Air Asia ingin menarik minat mereka yang tidak pernah membeli tiket secara online untuk merebut peluang dan memahirkan diri mereka menempah tiket.

Pada bulan seterusnya dan tahun berikutnya, sudah tentu pelanggan yang sama akan beli tiket dengan harga biasa. Segala data-data ini telah direkodkan, berapa peratus pelanggan berulang dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, hasil jualan Air Asia tidak akan rugi, malahan dengan buat Offer RM 1, lebih ramai orang berkongsi dengan rela hati kepada kawan-kawan. Pengurangan harga jualan tiket ini sebenarnya dimasukkan dalam kos pemasaran.

Jika anda ternampak konsep funnel ini dalam kehidupan seharian, jom kongsikan di bawah untuk manfaat ramai.

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 5 / 5. Vote count: 3

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Follow us on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Latest Blog Post
Category
Menu