1. Home
  2. Blog
  3. Keluarga
  4. Hantar Anak Ke Taska, Balik Calar-Balar. Salah Siapa?

Truly Untold Story

Hantar Anak Ke Taska, Balik Calar-Balar. Salah Siapa?

Bila dah ada anak, ibu bapa mula akan hantar anak-anak ke taska dan tadika. Pengalaman saya sepanjang 11 tahun menguruskan TAPC, saya dah jumpa macam-macam jenis ibu bapa.

Dari jenis yang biasa-biasa sampailah jenis yang luar biasa. Jenis yang luar biasa ni pulak yang jenis boleh buat cikgu taska pening kepala.

Pening kepala melayan kerenah anak-anak dah satu hal. Masih boleh handle. Biasa lah budak-budak. Sepuluh budak sepuluhlah ragamnya.

Pening kepala melayan kerenah ibu bapa yang luar biasa ni memerlukan kesabaran yang lebih tinggi. Jenis yang terlebih cerewet, ‘perfectionist’ dan tak tahu bertenang.

Silap sikit je siaplah cikgu taska. Lebih-lebih lagi Penyelia @ Pengusaha. Memang kena fire kaw-kaw.

Lebih luar biasa bila bukan setakat cikgu, Penyelia dan Pengusaha yang kena, budak taska bawah umur empat tahun pun boleh kena dengan ibu bapa jenis ni.

Kot anak dia kena cakar ke, kena gigit ke, siaplah dia nak korek nak tahu budak mana yang buat lepas tu nak jumpa budak tu. What?!

Kalau setakat nak jumpa cikgu, mak pak budak tu ke, logik la kan. Yang nak jumpa budak tu buat apa? Nak marah dia? Nak gigit dia balik? Budak bawah 4 tahun, kot dia tembak orang pun mahkamah tak boleh gantung mati dia.

Dari satu sudut, ye betul, ibu bapa ada hak untuk komplen. Contohnya pagi-pagi dia bancuh susu untuk anak, letak dalam beg, sampai taska suruh cikgu bagi anak, alih-alih cikgu tu lupa.

Ok fine, memang salah cikgu. Atau dia bagi ubat dan cikgu lupa bagi. Ye, itu salah cikgu. Tapi tegur la elok-elok. Mana tahu ada prosedur yang kita tak aware, contohnya untuk anak yang ada ubat nak kena tulis pesanan dalam log book ke, lepas tu follow-up dengan Penyelia dia, tau la Penyelia dia nak kejar cikgu yang mana satu.

Proper la kan. Bukan meroyan dekat group whatsapp @ Opis. Silap-silap dah terbuka aib sendiri.

Lepas tu kena la ingat, cikgu taska tu bukan jaga anak kita sorang. Untuk budak 4 tahun ke bawah, memang ada nisbah yang ditetapkan oleh pihak JKMM.

Umur 0-12 bulan 1 Cikgu : 3 Bayi
Umur 1-3 tahun 1 Cikgu : 5 Kanak-Kanak
Umur 3-4 tahun 1 Cikgu : 10 Kanak-Kanak

Kita kalau jaga anak sorang pun tak terkejar kan. Huru hara satu rumah. Ini pulak seramai entah berapa orang.

Bisnes taska ni pun untungnya bukan macam bisnes lain. Kos pengendalian tinggi. Nak letak yuran tinggi-tinggi pun fikir juga kemampuan ekonomi ibu bapa.

Dah tu, cikgu-cikgu pun nak juga merasa naik gaji, sekali sekala nak juga merasa bonus dan benefit lain. Kalau tak ada ilmu, minat dan kesungguhan bisnes bidang ni memang susah nak survive. Pendek kata bidang ni lebih kepada tanggungjawab sosial.

Kalau anak-anak tu pagi-pagi senang hati ke taska, jemput balik waktu petang pun gembira (silap-silap tak nak balik), balik dah siap mandi, duk taska makan minum cukup, kencing berak semua ada orang cuci, syukur

Alhamdulillah. Dengan yuran lebih kurang RM400 sebulan anak boleh attend formal class (ada program dan Kurikulum lagi) + ada orang jaga makan minum kencing beraknya + bersosial dengan kawan-kawan, syukur lah.

Kalau kita dibayar gaji minima RM1200, kita sanggup ke kerja 7 pagi sampai 6 petang, jaga makan minum, mandi pakai, cuci kencing, cuci muntah, cuci berak paling kurang 3-10 orang anak orang lain? Kerja 8 jam kat ofis buat kerja menghadap PC sambil minum kopi dengan gaji RM3K – 4K sebulan bos bagi kerja lebih pun dah berkokok kan?

Bila anak-anak belajar berkawan, fitrah budak-budak, biasa la ada gaduh-gaduh, rebut-rebut, lari sana, lompat sini, terjatuh sana, lebam sini, itu ini. Itu semua pun proses pembelajaran.

Bukan setakat buka buku dan belajar A B C 1 2 3. Budak yang pernah rasa sakitnya jatuh akan belajar untuk berhati-hati. Budak yang tahu tak bestnya bergaduh perlahan-lahan akan belajar berdiplomasi.

Budak yang pernah mengalami betapa annoyingnya terpaksa berebut akhirnya akan belajar bahawa berkongsi dan ‘win-win’ itu lebih seronok.

Paling penting, pengalaman-pengalaman ni bila diorang ceritakan kat mak pak diorang, dan mak pak diorang pulak pandai bimbing macam mana nak deal dengan situasi, macam mana nak bersangka baik, bila kena minta maaf, bila kena ucap terima kasih, macam mana nak memaafkan, tang mana nak kena bertegas, akhirnya pengalaman-pengalaman ni membentuk akhlak dan memacu ‘common sense’ dan ’empati’ diorang.

Dah besar esok masuk dalam masyarakat kemahiran-kemahiran untuk berakhlak dan beradab ni dah jadi jati diri dan InsyaAllah terhindar dari penyakit hipokrit. Jadi lah mereka manusia berakhlak dan tak menyusahkan masyarakat.

Tapi itulah, dalam sibuk-sibuk ibu bapa nak sekolahkan anak-anak, sebenarnya ibu bapa ni terlebih dahulu perlu disekolahkan. Saya tak la bermaksud tak boleh komplen langsung dengan pihak taska.

Ada tempat memang kena tegur. Ada tempat memang salah pihak taska. Tapi cara ‘tegur’ tu pun kadang jauh lebih salah dari kesalahan yang di ‘tegur’. Kononnya nak menegur tapi ‘tegurannya’ dah bersulam dengan buruk sangka dan tuduhan, tambah lagi buka aib orang.

Ada yang sampai mengugut itu dan ini seolah-olah hebat dan besar sangat pangkatnya diluar sana. Kalau ayat dah pakai banyak ‘!!!’ @ ‘???’ itu bukan tegur. Itu marah namanya. Marah tu pangkat nafsu paling tinggi.

Kita semua pun tahu. Jika rasa tak percaya kepada cikgu dan pihak taska, tolong jangan hantar anak kita ke taska. Jagalah anak tu sendiri.
Sebagai ibu bapa, BELAJAR la untuk bersyukur, redha, bertenang, dan jadi bijak. Itu lebih baik untuk anak-anak.

Lebih baik untuk semua orang, dan lebih baik untuk diri sendiri. Dan ye, BELAJAR untuk hargai penat lelah dan kasih sayang cikgu-cikgu taska. Sebab tak ramai orang ada kelayakkan, kemahiran dan boleh bertahan dalam profession ni. Belajar juga untuk bersyukur.

Ada orang sanggup jaga dan sayang anak kita itu pun satu bentuk nikmat Allah. (Maka nikmat Allah manakah lagi yang kau dustakan?)
Paling penting belajar la untuk BELAJAR. Bukan sibuk nak mengajar orang di saat diri sendiri yang perlukan ajaran.

Salam Ramadhan buat semua ibu bapa TAPC Menara MBJB

Peringatan juga untuk saya yang ada anak 4 orang lelaki.

Pengusaha Taska TAPC
Khairi Ismail

P/S: Apa komen anda? Boleh nyatakan di bawah…

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 5 / 5. Vote count: 2

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Follow us on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Latest Blog Post
Category
Menu