1. Home
  2. Blog
  3. Keluarga
  4. Hari Raya dah nak dekat…Rindunya nak Berkumpul Bersama Keluarga!

Truly Untold Story

Hari Raya dah nak dekat…Rindunya nak Berkumpul Bersama Keluarga!
Berkaitan : :

“Sudah berbulan tak jumpa mak dan abah! Sihatkah mereka?”

Semalam tengok Mak dengan abah suram je dalam video call. Dekat setahun tak dapat rentas negeri…Raya Aidilfitri tempoh hari tak dapat nak cium tangan mak dan abah..sedihnya!

Habis dari video call dengan mak abah, aku terus call Along, Angah, Acik dan Acu. Macam-macam kami bincang idea nak bagi mak dan  abah tersenyum walaupun sedikit pada pagi Hari Raya Aidiladha ini walaupun tanpa anak-anak di sisi.

Tapi memang buntu nak bagi hadiah apa.

“Eh..baru Alang teringat. Masa video call semalam, ternampak karpet mak dah pakai 2 tahun lepas, dah nampak lusuh dan kusam. Maklumlah..karpet 3D Velvet je kan? Apa kata kita hadiahkan karpet import Turki pula nak? Bagi ceria sedikit ruang tamu mak…” Aku bagi cadangan.

“Mana nak cari karpet sekarang kat sini alang? Nak pegi kedai karpet yang murah, kita bukan boleh dapat kebenaran nak rentas negeri!” Along menempelak.

“Adik ada nampak semalam iklan online, Carpet Republic rasanya. Ada free gift dan pos sekali. Mesti mak lagi happy!” Ucu memang kaki media sosial. Tahu sahaja dia mana nak cari barang atau produk.

“Cuba tengok sekejap facebook Carpet Republic tu..” Arah Acu.

“Yang bagusnya, mereka ada konsultansi percuma nak pilih karpet yang tepat untuk rumah kita”, tambahnya lagi.

“Oh, baguslah macam tu. Ada beribu-ribu corak, pening nak pilih!” Acik mencelah.

Kami semua terus buka page Carpet Republic di handphone masing-masing. Seronok tengok rumah orang lain cantik-cantik dengan corak karpet yang ada.

“Ok, kalau macam tu dik, kau hubungi Carpet Republic sekarang, minta corak-corak yang cantik untuk rumah mak. Nanti kita tong-tong dan minta mereka pos segera tau”, sambung Angah.

“Mudah-mudahan, mak dan abah gembira terima hadiah karpet dari kita adik-beradik ni. Dapatlah lindungi kaki mak abah yang tak tahan sejuk kalau pijak lantai! Saudara-mara yang dekat nak datang beraya nanti, naik sikit seri rumah mak abah kan? Dan semoga selepas PKP 3.0 ni, dapatlah kita semua berjumpa dengan mak abah.

Karpet Import dari negara Turki adalah antara yang terbaik di dunia. Sudah pastinya, untuk keramat hidup kita – Mak dan Ayah, kita pasti hendak memberikan yang terbaik selagi mereka masih hidup, bukan? Hadiahkan mereka karpet import untuk Hari Raya yang bakal tiba, walaupun kita tidak dapat bersama.

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Follow us on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Latest Blog Post
Category
Menu