1. Home
  2. Blog
  3. Inspirasi
  4. Inspirasi Bersama Sifu Digital Marketing & Sifu Hartanah
Inspirasi Bersama Sifu Digital Marketing & Sifu Hartanah

7 Jan 2019, Hari ni bertemu dengan 2 orang hebat dalam bidang digital marketing dan hartanah. Apa mereka kongsikan yer…

Bermula dari jam 6pm hingga 11pm, saya bersama-sama dengan 2 orang sifu hebat. Beliau merupakan faunder kepada jenama yang tidak asing lagi, SifuFBAds & Pejuang Hartanah.

Sifu Jamal @ SifuFbads pula, nama yang tidak asing lagi dalam dunia digital marketing. Dah berkawan dengan beliau sejak tahun 2009 lagi.

Beliau berkongsi tentang strategi pemasaran, bertapa pentingnya Database yang telah dikumpul dan bagaimana nak menggunakannya secara optima.

Nak belajar pasal digital marketing, followlah Sifu Fbads ni, insyaAllah, pelbagai strategi luar biasa dan up to date yang akan beliau kongsikan.

Anda boleh follow fb SifuFbads atau terus ke laman web https://sifufbads.com

Sifu Ahyat Ishak pula merupakan pengasas kepada komuniti pejuang hartanah yang memperjuangkan pemilikan hartanah dalam kalangan orang melayu.

Beliau berkongsi bagaimana nak menguruskan penyewa dan yang paling best adalah tips nak bagi penyewa cepat bayar duit sewa.

Nak belajar pasal hartanah, carilah Tuan Ahyat Ishak ni supaya korang tak tersilap beli hartanah yang akan menyebabkan sengsara, merana dan terbeban.

Korang boleh follow Fb Ahyat Ishak ataupun terus ke laman web https://pejuanghartanah.com

Alhamdulillah dapat bersama-sama dengan kedua-dua mereka. Semoga mereka diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk membantu lebih ramai usahawan berjaya dan seterusnya memiliki hartanah dengan bijak, selamat dan bertangungjawab. Amin 🙂

Sekian kisah inspirasi buat kita semua. Anda kenal mereka? Jom kongsikan ilmu yang anda dapat daripada mereka untuk manfaat semua.

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.
Latest Blog Post
Menu