1. Home
  2. Blog
  3. Agama
  4. Jom Kita Kenal Bumi Aqsa Dari Segi Tersurat & Tersirat

Truly Untold Story

Jom Kita Kenal Bumi Aqsa Dari Segi Tersurat & Tersirat

Untuk pertahankan Aqsa kita kena kenal dari segi tersurat dan tersirat.

Aqsa seluas 36 ekar, di dalamnya ada 5 buah bangunan masjid, 2 atas tanah dan 3 bawah tanah.

2 atas tanah adalah masjid Qibli ( hadapan sekali) dan Masjid Kubah Emas (paling tengah)

3 bawah tanah adalah masjid Marwani, di dalamnya terdapat bilik Siti Maryam, ibunda Nabi Isa a.s ketika beliau berkhidmat untuk Aqsa pada tahun 20 s.m

Masjid Qadim, di dalamnya terdapat tiang-tiang dari zaman Nabi Sulaiman 950 s.m, Dan sebuah perpustakaan lama, ia menyimpan lebih 500,000 kitab-kitab termasuk manuskrip manuskrip lama.

Masjid Buraq, di sini tempat Nabi menambat buruk ketika peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada tahun 620 Masihi. Di sebalik tembok masjid Buraq inilah, terdapatnya “Wailing Wall” tembok harapan tempat Y4hud1 membuat upacara keagamaan mereka.

Gambar di bawah merupakan pertemuan Nostalgia, bersama Imam satu Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Suneinah pada 27 Ogos 2017.

Aqsa tanah wakaf orang beriman sejak zaman Nabi Ibrahim lagi 1800 s.m. Ia telah diserahkan kepada orang beriman Syariat Nabi SAW oleh orang beriman dari Syariat Nabi Isa pada tahun 637 masihi. Saidina Umar sendiri yang datang untuk mengambil kunci Aqsa sebagai tanda perpindahan amanah Wakaf kepada orang Islam.

Ia bukan di rampas, ia tidak boleh dirampas, jika mahu ia perlu diserahkan amanah wakaf ini, tetapi orang beriman dari syariat Nabi SAW tidak sama sekali akan menyerahkannya kepada orang kafir.

Ia bukan milik orang Arab, bukan milik orang Turki tetapi milik semua orang beriman termasuk kita yang berada di Nusantara ini.

Dan di akhir zaman, isyarat Nabi SAW bahawa, bangsa Timur yang akan bersama menjaga Aqsa ketika berlakunya peristiwa Imam Mahdi, Dajjal dan Nabi Isa.

Tenang-tenang saja lah.

Kongsikan kisah benar ini kepada semua sahabat & keluarga anda dengan cara tekan butang SHARE di bawah.

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 4.8 / 5. Vote count: 12

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Follow us on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Latest Blog Post
Category
Menu