Persediaan hari tua ini amat-amat penting buat kita semua sebab makin tua, makin kita tak kuat nak tambah income.
Oleh itu, buatlah persediaan daripada sekarang tanpa mengharapkan pemberian dari sesiapa mahupun dari anak-anak kita sendiri.

Ok, jom kita pertimbangkan keperluannya untuk 3 kelompok manusia ni.
Kelompok 1 : Kakitangan swasta
Pendapatan bergantung kepada gaji bulanan semata-mata. Bila dah bersara di umur 55 nanti, gaji bulanan pun dah takde. yang ada hanyalah kwsp sahaja.
Sebab rata-rata org private mmg akan buat potongan kwsp. Berapa yg ada dalam kwsp waktu tu, yg tulah kena buat kira-kira dgn betul utk kegunaan bg meneruskan kehidupan selepas bersara.
Sebab itulah sementara masih bekerja skrg ni ikhtiarlah dgn apa cara sekalipun utk menggandakan serta menambah jumlah dana utk persaraan nti.
Wang kwsp tu sendiri pun masih boleh dikembangkan dan digandakan lagi dgn cara membuat pelaburan dlm unit amanah.
Kelompok 2 : Bekerja sendiri
Pendapatan selalunya tidak tetap adakala lebih, adakalanya kurang biasalah kan, nama pun bekerja sendiri.
So sementara masih kuat dan boleh bekerja sekarang, ambillah peluang yang ada utk mencipta dana persaraan sebab akan sampai waktunya nti kita pun sudah tak larat untuk bekerja seperti sekarang.
Waktu tu hanya nak berehat je sambil menikmati baki kehidupan yg masih ada.
Kelompok 3 : Penjawat Awam
Ada orang mmg dah buat kira-kira dari awal tentang berapa wang pencen bulanan yang bakal dia nikmati selepas bersara nanti.dan dia mahu hidup seadanya sahaja sesuai dgn kemampuan kewangannya pada waktu tu.
Tetapi ada juga orang yg merancang untuk menikmati kehidupan yg sebenar selepas bersara, boleh jadi sewaktu bekerja dia mempunyai terlalu banyak komitmen yang perlu diselesaikan. hutang rumah, hutang kenderaan, pelajaran anak-anak dan macam2 lagilah.
So, selepas pencenlah dia nak berjalan pusing dunia melihat negara orang dan mcm-mcm lagilah yang nak dibuatnya, yang memerlukan kewangan melebihi daripada jumlah pencen bulanan yang diperolehinya.
Maka, sediakanlah dana utk mencapai impian berkenaan.
Anda dalam golongan mana? Adakah anda sudah bersedia dari sekarang? Fikir-fikirkanlah.