Fungsi karpet selain daripada menaikkan seri sesebuah ruang, adalah untuk melindungi kaki dari kesejukan lantai dan melindungi anak-anak kita sekiranya terjatuh. Sebab itulah pemilihan material dan ketebalan karpet amat penting.
Namun, apa yang lebih penting adalah penjagaan karpet untuk memastikan kebersihan, ketahanan dan jangka hayat karpet yang lebih lama.
Terdapat pelbagai cara untuk menjaga karpet anda lagi-lagi apabila di waktu PKP ini, karpet lebih banyak digunakan dan menjadi ruang tumpuan untuk keluarga anda beristirehat.
6 TIPS JAGA KARPET
1. VAKUM
Sekurang-kurangnya vakum sekali seminggu untuk memastikan kotoran & serpihan masuk ke dasar karpet. Sekiranya kotoran, habuk kerap ada, maka kekerapan vakum juga ditingkatkan. UntukĀ masa PKP ini, bolehlah anda vakum sehari sekali atau minta sahaja anak-anak bantu dan melakukan aktiviti bersama-sama!

2. KOTORAN/BASAH
Sekiranya air tertumpah atau makanan jatuh di atas karpet, anda perlu terus membersihkannya . Ini untuk pastikan kotoran tidak susah untuk dibuang jika lebih lama. Terdapat banyak petua-petua menarik untuk membersihkan karpet atau anda boleh menggunakan produk sahaja untuk cucian lebih mudah.
Jom lihat video di bawah antara produk yang berkesan dan terbaik untuk karpet anda:
3. āROTATEā
Pusingkan karpet secara berkala lebih-lebih lagi bagi karpet yang berada di laluan utama dan kerap dipijak. Jadi permukaan karpet yang selalu dipijak akan dapat di sama-ratakan
4. CAHAYA MATAHARI
Cahaya matahari secara terus boleh menyebabkan karpet anda pudar dengan lebih cepat. Sekiranya ada, anda boleh pusingkan secara berkala bagi memastikan warna karpet yang lebih sekata

5. JANGAN TARIK BENANG
Sekiranya terdapat benang yang terkeluar, anda digalakkan untuk memotong benang yang terkeluar sama panjang dengan permukaan karpet berbanding menarik keluar benang. Ini akan menyebabkan karpet anda akan nampak ābotakā
6. ALIH PERABOTĀ
Tips terbaik susun atur karpet dan perabot adalah meletakkan perabot atau kaki perabot di atas karpet. Namun, ia boleh meninggalkan kesan berlekuk di atas karpet. Jadi, sentiasa betulkan benang yang tenggelam secara berkala dengan sama ada mengalih perabot setiap 3 ke 6 bulan atau memusingkan karpet anda.
Sudah pastilah, time PKP ni, anda cepat bosan lihat suasana yang sama sahajakan? Jadi boleh lah anda membuat susun atur baru dan mengubah kedudukan karpet anda!
Sebenarnya, mudah sahaja cara untuk menjaga karpet agar lebih tahan lama dan nampak baru, bukan? Lebih-lebih lagi karpet import dari Turki atau Iran yang mempunyai kepadatan benang yang tinggi – 2 juta benang dan ke atas; dan ketahanan lebih dari 10 tahun.
Kami berharap, 6 tips mudah ini dapat membantu anda untuk menjaga karpet-karpet anda supaya lebih tahan lama.
Jika anda berminat untuk dapatkan maklumat tentang produk bagi membersihkan kotoran setempat karpet, anda klik sahaja link di bawah!

Jika anda ingin tahu tentang produk, sila KLIK SINI