1. Home
  2. Blog
  3. Bisnes
  4. Kesilapan Yang Ramai Orang Buat Bila Nak Mula Bisnes
Kesilapan Yang Ramai Orang Buat Bila Nak Mula Bisnes

Najah sebenarnya nak share ni supaya adik-adik takdalah ulangi kesilapan yang sama Najah pernah buat.

Bila buat silap ni sakit uiiii. Ibarat macam kulit tu disiat-siat dan dicurahkan cuka epal pedihnya tawww. uihh.

Tapi ada hikmahnya. Kita belajar dari kesilapan dan move on kann!!

Kesilapan Pertama

Buka kedai tanpa simpanan standby. Najah sebelum ni pernah menyewa kedai bakery dengan sewa yang agak mahal juga.

Dah tu pula kos overheadnya tinggi. Bila cashflow agak tercekik Najah tiada simpanan standby untuk cover. Jadi sebagai peringatan. sebelum berkedai pastikan anda mempunyai sekurangnya standby 3 bulan sejumlah wang modal untuk rolling stok anda serta bayaran sewa kedai, gaji pekerja serta overhead yaa.

Kesilapan Kedua

Tidak mengira secara detail kos barang jualan. Kesilapan najah adalah tidak belajar tentang pengiraan kos bahan secara terperinci. Najah masih terbawa-bawa sistem berniaga dari rumah. Jadi bila kita berkedai. Sangat berbeza. Perlu mengambil kira kos sewa, gaji pekerja,letrik, gst dan lain-lain.

Kesilapan Ketiga

Tidak maintain top up stok. Stok kedai mestilah penuh. Walau kita buka kedai apa pun dan bisnes apa pun anda. Stok mesti penuh dalam kedai. Supaya pelanggan seronok masuk dalam kedai kita.

Jadi bila barang banyak dalam kedai bolehla upsell, daripada pelanggan nak beli satu barang, tetiba terrrbeli 2-3 barang. Kan bagus tu!

Kesilapan Najah, tak sempat production bakery nak kejar untuk penuhkan stok. Sebab kedai besar. Rak pun banyak. Jadi rak cepat saja kosong. Tak sempat nak topup.

Sepatutnya jika Najah tak sempat nak buat semua, Najah perlu ambil vendor untuk supply produk yang kita tak buat. Hanya ambil komisen saja. Masyuk la juga.

Sama-sama berkongsi rezeki. Jadi kedai pun sentiasa nampak banyak barang. Ini tidak, Najah tamak nak buat semua benda. Kesudahannya. Tak sempat. Huhu.

Belajar Berniaga Dulu. Jangan Terus Buka Kedai. Nak jadi Ejen / Stokis Kak Najah Atas Jenama Rasaura?

Boleh Register / Login secara PERCUMA, kemudian Akses semua informasi berkaitan Ejen / Stokis di Ruangn My Profile DhomBig

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.
Latest Blog Post
Menu