1. Home
  2. Blog
  3. Inspirasi
  4. Kisah Pembinaan Rumah Perlindungan Pesakit HIV Darul Ukhwah

Truly Untold Story

Kisah Pembinaan Rumah Perlindungan Pesakit HIV Darul Ukhwah
Berkaitan :

Artikel ini ditulis pada 13 September 2011

Pejam celik, kita telah menyewa rumah perlindungan HIV Darul Ukhwah di Seksyen 4 Petaling Jaya ini selama 2 tahun. Begitu cepat masa ini berlalu.

9 Ogos 2011, Dr. Chong, tuan rumah bagi rumah Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah menghubungi saya. Tamat kontrak dua tahun menyewa, dia mahu menggunakan rumah ini kembali.

“Boleh tak saya minta tangguh hingga hujung September” kata saya pada Dr. Chong.

“Oklah, lepas raya lah ya..” kata Dr. Chong dengan pelat Cina.

Saya agak terdesak juga, mencari rumah pengganti ke sana dan ke sini, tetapi belum ada yang sesuai. Pilihan terakhir adalah dengan menyiapkan segera asrama anak yatim al-Ijabah yang sedang dibina dan digunakan sementara untuk rumah HIV ini.

Pembinaan asrama sekarang adalah di atas tanah Yayasan al-Ijabah, pada permulaan pembinaannya, memang dilafazkan untuk HIV. Ketika MBSA (Majlis Bandaran Shah Alam) mula menimbangkan untuk memberikan sebuah rumah untuk Darul Ukhwah, maka pembinaan tempat ini diteruskan bagi kegunaan anak yatim pula.

Setelah hampir siap, kontrak rumah HIV sekarang pun habis dan tuan rumah ingin menggunakan rumahnya. Jadi, asrama anak yatim ini  kita gunakan sementara untuk penempatan HIV ini.

Saya menghubungi Haji Daud, kontraktor yang membuat asrama ini…

“Agak-agak, September boleh siap tak Haji?” tanya saya.

“Mmm, insyaAllah dan bergantung pada kewanganlah ustaz, tapi nanti saya tanyakan juga sapa-sapa yang nak bersama-sama berinfaq” kata Haji Daud.

22 Ogos 2011, saya bertolak ke tanah suci untuk menyempurnakan umrah Ramadhan. Dengan doa yang sentiasa dipanjatkan semoga Allah memudahkan segala urusan pembinaan rumah ini.

8 September 2011, saya sampai di Malaysia, terus menghubungi sahabat-sahabat untuk perkembangan rumah HIV ini..

9 September 2011, jam 9.30 pagi, saya bermesyuarat dengan Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi MAIS di pejabatnya membincangkan rumah HIV Darul Ukhwah.

Memang pilihan yang ada sekarang adalah dengan menggunakan dahulu asrama anak yatim al-Ijabah untuk penghuni HIV. Tidak ada rumah yang sesuai.

Tempat yang sepatutnya diberikan MBSA telah di potong oleh seorang YB.

11 September 2011. 5.50 petang, Saya berbincang dengan kontraktor Haji Daud mengenai perkembangan rumah ini.

“InsyaAllah ustaz, kita usaha masuk api dan air segera” kata Haji Daud.

12 September 2011, Dr. Chong sekali lagi menghubungi saya untuk memastikan rumah dikosongkan pada hujung September ini.

“Ya, Doktor, jangan risau, hujung bulan ini semua akan ok..” janji saya padanya.

Inilah catatan perjalanan Darul Ukhwah, bagi yang bersama-sama dalam apa juga bentuk, sama ada kewangan mahupun doa, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Pohon di doakan terus  sahabat pembaca sekelian, semoga Allah terus memudahkan urusan ini, amin…

“Bersama Kita Berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
15 Syawal 1432/ 13 september 2011 jam 11.45 malam

Pihak Darul Ukhwah juga menerima sumbangan ikhlas dari semua pihak yang ingin turut serta membantu rumah perlindungan ini.

Jenis – jenis sumbangan yang diterima adalah seperti sedekah, derma, zakat, fidyah & wang syubhat (untuk prasarana). Anda boleh klik butang DONATE NOW untuk sumbangan secara online terus ke Yayasan Al-Amin.

Terima kasih pada semua pembaca. Anda boleh menyumbang yang paling minima dengan cara klik butang di bawah untuk SHARE. Semoga usaha sedikit ini mampu memberi manfaat kepada ramai orang.

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 5 / 5. Vote count: 3

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Follow us on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Latest Blog Post
Category
Menu