Hari Raya tahun 2021, ziarah menziarahi tidak dibenarkan. Berbaloi ke kita langgar ajer? Yang Terkena Covid-19 di Malaysia sedang meningkat!
Kita semua harus berkorban dan bersabar. Ada hikmahnya. InsyaAllah bila semua ini terkawal dan hilang, kita boleh beraya serta ziarah menziarahi.

Adakah berbaloi kita kena saman akibat langgar SOP PKP?

Jika kita patuh SOP, insyaAllah kita tidak akan kena saman. Ia dilakukan bukannya untuk menyusahkan kita tetapi untuk mengawal Covid-19 dari terus merebak ke seluruh Malaysia.
Kita pun tak tahu siapa yang dijangkiti sebab ada yang tidak bergejala tetapi positif Covid-19.
Polis datang beraya kat rumah

Adakah anda nak polis datang beraya di rumah anda? Jika betul-betul beraya, tak pe tapi beserta saman yang terpaksa anda bayar atas pelanggaran SOP.
Kesian pun ada, tapi jiran prihatin


Dalam hal ni, siapa yang nak dipersalahkan. Jiran atau diri kita? Rasanya jiran dia ni prihatin. Dia tak mahu Covid-19 merebak sebab kita tak ikut SOP.
Mudah-mudahan, kes Covid-19 ni mampu dibendung oleh kita semua. Jika bukan kita rakyat Malaysia yang mengawalnya, siapa lagi kan?
Jom sama-sama kita ingat-mengingati antara satu sama lain, supaya bukan kita atau keluarga kita yang kena begini.
Hari kemenangan kita ialah jumlah Covid-19 menurun dan itulah pencapaian yang boleh dibanggakan sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada SOP PKP 3.0.
* Gambar Ehsan HMetro & Dari Whatsapp Group serta Facebook