Jom sama-sama kita tangguhkan aktiviti ziarah-menziarahi semasa PKP 3.0 ni. Bukannya apa, selesa lagi duduk dalam rumah jika nak dibandingkan duduk dalam hospital.
Kita sendiri tidak dapat sahkan yang kita ni ada Covid-19 atau pun tidak, sehinggalah kita swap test sebab ramai ada Covid-19 tetapi tidak menunjukan apa-apa gejala.
Akibat Aktiviti Ziarah Raya

Kita pergi ziarah hari ni, bukannya hari ni kita terus dapat tahu yang kita dah ada Covid-19. Ianya mengambil masa dari 5 hari ke 10 hari untuk menunjukkan simptom. Rujuk gambarajah di atas.
Kes Covid-19 Meningkat, Suasana Di Hospital


Lihat sahaja suasana di hospital, mereka perlukan bantuan penafasan. Adakah mereka inginkan begitu?
Adakah mereka dijangkiti dari mereka yang tidak bergejala? Walhal mereka cukup jaga SOP.
Fikir-fikirkanlah.
Frontliner Beraya Di Hospital


Lihat sahaja frontliner beraya di hospital. Mereka dalam keadaan memakai suite yang sudah tentu tidak selesa. Mereka berkorban dalam nak melawan pendamik covid-19 ni.
Doakan mereka, permudahkan mereka, berikan mereka kata-kata semangat. InsyaAllah dengan sedikit usaha, kita mampu melawan pendamik Covid-19 ini.
Kita tak takut Covid-19 tetapi yang paling kita takut ialah kita tidak sedar yang kita ada Covid-19 (kes tidak bergejala), yang mampu tersebar kepada orang lain yang kita sayang.
* Gambar sumber dari FB Pages Kementerian Kesihatan Malaysia