
Masa pemakanan amat penting untuk kita jaga kesihatan diri. Makan 3 kali sehari sudah cukup untuk keperluan seharian.
1. Masa sarapan pagi
Waktu yang sesuai untuk sarapan pagi ialah dari jam 7 pagi hingga 8 pagi. Bangun pagi, minum air suam. Sarapan selepas 30 minit kita bangun dari tidur. Elak sarapan selepas jam 10 pagi. Sesuaikan waktu sarapan anda dalam kehidupan seharian.
2. Masa makan tengahari
Waktu yang sesuai umtuk makan tengahari ialah antara jam 12.30pm -2pm. Pastikan jarak masa lebih 4 jam tanpa makan dari waktu sarapan pagi. Banyakkan minum air kosong diantara waktu itu.
3. Masa makan malam
Waktu yang sesuai untuk makan malam ialah antara jam 6pm – 9pm. Pastikan jarak masa lebih 4 jam tanpa makan dari waktu makan tengahari. Banyakkan minum air kosong diantara waktu itu. Pastikan kita tidak makan selama 3 jam sebelum tidur.
Ubah gaya hidup, ikut masa makan yang tetap. Sesuaikan dengan aktiviti kehidupan seharian anda.