1. Home
  2. Blog
  3. Agama
  4. Tahukah Anda, Siapakah Yang Mengislamkan Bangsa Monggol?

Truly Untold Story

Tahukah Anda, Siapakah Yang Mengislamkan Bangsa Monggol?

Kita biasa dengar mengenai Islamnya bangsa Monggol, tapi kita jarang dengar siapakah yang mengIslamkannya.

Hari ini kita akan berkongsi kisah seorang yang sangat berjasa di dalam dunia Islam, orang yang berusaha mengIslamkan bangsa Monggol, dia adalah Syeikh Saifuddin al-Buharzi.

Masjid Saifiddin Boharzi

Syehikh Buharzi berasal dari wilayah Horasan (kini di bawah Negara Iran). Dia seorang yang sangat alim dan tinggi ilmunya.

Jiwa muda yang dahagakan ilmu menjadikannya sentiasa merantau dari satu tempat ke satu tempat, dari satu guru ke satu guru hinggalah beliau bertemu dengan guru yang menjadi pembimbingnya iaitu Syeikh Najmuddin al-Kubra di Khuraizm (kini di bawah Turkeminstan).

Makam Syeikh Saifiddin Boharzi

Syeikh Buharzi belajar dan mendapat bimbingan dari gurunya ini hinggalah ketika monggol mula menyembelih umat Islam di Negara mereka.

Ketika Monggol mula sampai ke Khuraizm, dia memberi amaran agar penduduk meninggalkannya. Syeikh Najmuddin memilih untuk keluar berjuang hingga syahid dari meninggalkan dari tanahairnya.

Dia kemudian memilih dua orang anak muridnya, salah seorangnya ialah Syeikh Saifuddin al-Buharzi.

Makam Syeikh Saifiddin Boharzi

“Aku perintahkan kamu agar keluar dari Khuraizm ini, pergilah kamu ke Bukhara dan di sana, ada tanggungjawab besar yang kamu akan laksanakan” kata Syeikh Najmuddin al-Kubra kepada muridnya ini.

Dengan hati yang berat, mentaati perintah gurunya, Syeikh Buharzi meninggalkan guru dan rakan seperguruannya menuju ke Bukhara.

Tentera Monggol kemudiannya memasuki Khuraizm dan ramai ulama keluar berjuang dan akhirnya syahid. Syeikh Najmuddin al-Kubra syahid pada tahun 1221 masihi dan dimakamkan di Konya Urgench di Wilayah Dashoguz di Turkmenistan.

Makam Bayan Quli Khan, pemerintah Monggol yang Islam di tangan Syeikh Buharzi

Syeikh Buharzi tinggal di Bukhara sehinggalah Asia Tengah ini diperintah oleh cucu Gengis Khan, dari anaknya Chagatay iaitu Bayan-Quli Khan.

Umat Islam ketika itu melihat pentingnya mengIslamkan pemerintah Monggol ini. Banyak utusan dirancang dan setiap kali utusan dakwah sampai ke Bayan- Quli Khan, pasti pulang dengan badan yang bercerai dari kepala.

Syeikh Buharzi merancang dan menghantar lagi utusan-utusan dakwah ini, hinggalah akhirnya, beliau membuat keputusan untuk memimpin sendiri rombongan dakwah ke Istana Bayan-Quli Khan.

Makam Bayan Quli Khan, pemerintah Monggol yang Islam di tangan Syeikh Buharzi

Ketika Bayan-Quli Khan melihat wajah Syeikh Buharzi, terasa sejuk dihatinya. Dan ketika itu, untuk pertama kalinya, Bayan berkenan untuk bertanya kepada Syeikh Buharzi…

“Terangkan padaku, siapakah Tuhan?”

Surah Ikhlas di bacakan di hadapan Bayan Quli Khan, dan dengan muqaddimah soalan ini, banyak lagi soalan yang diajukan hingga kerap syeikh Buharzi mengunjungi Istana Bayan Quli Khan.

Kenangan jemaah rombongan di hadapan masjid Buharzi

Akhirnya, tertarik dengan setiap jawapan yang diberikan oleh Syeikh Buharzi, Bayan Quli Khan mengucapkan dua kalimah syahadah, ikrar yang sama bagi setiap umat Islam di dunia ini.

Benarlah kata, Syeikh Najmuddin al-Kubra, hari itu, Syeikh Buharzi telah menunaikan satu tanggungjawab yang besar untuk umat Islam yang sebelum ini berjuang dengan darah ketika berhadapan dengan tentera Monggol ini.

Selepas membawa Bayan Quli Khan memeluk Islam, tidak lama selepas itu, syeikh Buharzi pulang bertemu Rabbnya.

Bayan Quli Khan menjadi pemerintah pertama dari kerajaan Monggol yang memeluk Islam. Setelah gurunya meninggal, dia menjadi pengembang Islam di dalam Negara-negara jajahan Monggol terutama daerah-daerah di kawasan Rusia.

Ketika hujung hayatnya, dia berpesan agar diwaktu kemangkatannya, penggantinya hendaklah memakamkannya di bawah kaki gurunya Syeikh Buharzi dan pada tahun 1358, ketika Bayan Qui Khan mangkat, dia disemadikan di Fathabad, di bawah kubur gurunya.

Berbahagialah ketiga tokoh ini, Syeikh Najmudin al-Kubra yang telah mendidik muridnya syeikh Buharzi,

Syeikh Buharzi yang telah berjasa mengIslamkan kerajaan Monggol dan Bayan Quli Khan yang akhirnya menjadi pengembang Islam di Negara-negar jajahan Monggol hingga akhirnya kerajaan Monggal menjadi Islam.

Semoga Allah berikah semangat mereka pada kita agar kita memelihara dan memperjuangkan agamaNya di akhir zaman ini, amin…

Tashkent Palace Hotel, Tashkent Uzbekistan

Al-fatihah buat diri kita, ibu dan ayah kita, keluarga kita dan khas untuk ketiga tokoh ini, Syekh Najmuddin, Syekh Buharzi dan Bayan Quli Khan……

“Sirah, Perjalanan Membina Sejarah”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah
Tashkent Palace Hotel, Tashkent Uzbekistan
2 Jamadil Awal 1432/5 April 2011 jam 7.30 pagi

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 5 / 5. Vote count: 11

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Follow us on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Latest Blog Post
Category
Menu