1. Home
  2. Blog
  3. Income
  4. Terbukti Masa PKP 1.0, Ramai Buat Duit Raya

Truly Untold Story

Terbukti Masa PKP 1.0, Ramai Buat Duit Raya
Berkaitan :

“Minggu depan mula pkp. Stok kita yang dah siap ni cemana kak?” tanya staf risau.
Teringat lagi tahun lepas masa memula pkp 1.0 tu semua orang panik termasukla kami.

Stok cookies beratus carton dah siap. Cemana nak buat nih? Raya ni cemana? Kalau tak habis cemana? Ejen kensel cemana? Masa tu seram nak fikir.

Seminggu tak boleh tidur. Sebab pertama kali kan pkp ni. Semua orang panik. Modal kami pun sudah habis. Simpanan sudah nazak. Production sudah siap. Stok penuh dalam stor. Bas tak jalan. Adoi macam nak pitam.

Berminggu juga kami menanti apa yang bakal berlaku. Ada ejen yang kensel order, ada yang masih teruskan order. Masatu otak KakNajah hanya fikir delivery lori saja. Nak pos? Lambakan barang di stor courier pun dah cukup menyeramkan. Punyalaaa banyak! Takutnya habis terpenyek cookies kami nanti.

Kami susun semula perlahan-lahan. Setel satu persatu. Ok kita pakai lori. Ini kali pertama lori pusing Malaysia sebanyak 2 trip. Bermula dengan Kedah dan berhenti di setiap negeri sampai la ke pantai timur terus pulak ke Johor.

Rasanya 3-4 hari lori pusing habiskan delivery tu. Sebab hantar sampai ke pintu rumah stokis dan ejen. Masuk kampung keluar taman, masuk lorong keluar denai. Naik bukit turun bukit. Tu belum kira tersesat jalan lagi tu!

Memang mencabar. Tapi itulah sebuah pengalaman yang sangat bermakna bagi kami. Alhmdulillah stok beratus carton akhirnya licin menjelang raya. Malah tak cukup! Ejen yang kensel order pada awalnya kembali semula bertanyakan order mereka.

Syukurrrr walaupun kita berhari raya dalam pkp tapi masih lagi mengharapkan ada biskut raya di atas meja. Tiada kemeriahan hari raya tanpa biskut raya kan!

Tahun ni kami berentap lagi. Jom join team KakNajah kita gembirakan semua orang di hari raya kalini ya!

Register Percuma, Di My Profile, Klik Ejen. Pilih Keahjian Ejen Kuih Raya Rasaura untuk dapatkan detail lengkap.

Apa Kata Anda?
PERHATIAN: Jaga penulisan anda. Pastikan ianya positif & memberikan manfaat kepada pembaca.

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

As you found this post useful...

Follow us on social media!

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?

Latest Blog Post
Category
Menu